Sergio Reguilon terpaksa menyaksikan masa depan Real Madrid dalam keraguan dengan memberikan bayangan akan melanjutkan tempoh pinjamannya di Sevilla, berkata dia berasakan 'dihargai' di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan.

Bek-kiri berusia 23 tahun itu menyertai skuad kendalian Julen Lopetegui Julai tahun lalu secara pinjaman tetapi Sevilla tidak memiliki pilihan untuk mendapatkan Reguilon secara tetap.

Selepas menampilkan aksi cemerlang sebelum saingan LaLiga ditangguh ekoran pandemik koronavirus, Reguilon berkata dia gembira di Andalusia.

"Saya tidak memiliki sebarang rungutan mengenai apa-apa, mengenai bandar, kelab atau rakan sepasukan," katanya.

"Saya berasa seperti dihargai. Siapa yang tahu apa akan berlaku pada masa akan datang."
Reguilon membuat 14 penampilan saingan saingan LaLiga buat Real bagi musim 2018-19, bertindak sebagai pemain sokongan kepada Marcelo ketika pemain utama Los Blancos itu diketepikan ekoran kecederaan.

Dia kini mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Sevilla, tampil beraksi sebanyak 22 perlawanan dan menjaringkan satu gol, dan berharap untuk membantu skuad kendalian Lopetegui itu terus mencabar slot ke Liga Juara-Juara (UCL) selepas saingan bersambung.>

"Saya bermula baik. Apabila anda bermula di tahap yang tinggi, mereka sentiasa mengharapkan aksi yang konsisten.

"Amat penting buat pasukan melangkah ke UCL, objektif kami adalah beraksi di Eropah."