Jamie Redknapp menggesa England untuk mempamerkan persembahan cemerlang dalam kejohanan utama selepas layak beraksi dalam Piala Dunia Russia 2018.

The Three Lions menamatkan badi kekecewaan beraksi dalam kejohanan utama sejak beberapa tahun lalu, apabila tersingkir awal dalam saingan Piala Dunia Brazil pada peringkat kumpulan dan tewas kepada Iceland dalam saingan Euro 2016 dalam pusingan kalah mati.

Gareth Southgate berjaya memacu pasukan ke Russia tetapi diharap sekali lagi akan membantu England bagi mengubah nasib beraksi di pentas yang lebih tinggi.

Bekas pemain England, Redknapp, berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh The Three Lions dan berharap mereka akan meneruskan momentum ini ketika di Russia tahun depan.

"Buat masa ini, England bermain dengan baik tetapi masih tidak perkembangan yang terbaru," kata Redknapp.

"Kami turut layak dalam edisi sebelum ini tetapi tiba pada masa dalam perlawanan yang utama, England gagal mempamerkan aksi terbaik. Perkara itu harus diubah, ia merupakan sesuatu yang perlu dicungkil oleh Southgate.

"England memiliki pemain dan pengalaman. Tetapi untuk sebab yang tidak diketahui, kejohanan utama menghalang mereka untuk mempamerkan aksi yang terbaik," tambahnya.