Jurulatih Barcelona, Quique Setien, tidak bersetuju dengan Gerard Pique dan yakin Real Madrid mula kehilangan mata pada penghujung musim LaLiga.

Skuad kendalian Setien diikat seri 0-0 di Sevilla awal pagi tadi, memberi Real peluang untuk berkongsi mata dengan mereka dengan 65 mata ketika mereka mengunjungi Real Sociedad.

Pique mengatakan bahawa sukar untuk melihat Real kehilangan mata dalam baki sembilan perlawanan mereka, tetapi Setien tidak bersetuju.

"Saya berpendapat Pique agak kecewa selepas pasukan gagal merakamkan kemenangan. Kami sangat yakin kerana kami mempunyai 30 minit yang sangat baik pada awal permainan dan kemudian kami bermain dengan tidak kemas," katanya, melalui AS.

"Dalam babak kedua, kami kehilangan bola yang memberi mereka peluang untuk mencipta peluang.

"Esok, dia pasti akan berfikir dengan berbeza kerana saya yakin Real tidak akan memenangi segalanya."

Kemenangan ke atas Sociedad esok membenarkan Real memacu saingan LaLiga dengan perbezaan rekod pertemuan setelah meraih kemenangan dalam perlawanan El Clasico Mac lalu.

Tetapi Setien, yang bersama Barca menerima kunjungna Athletic Bilbao Selasa ini, tetap optimis.

"Kami harus kekal optimis dan bermain dengan cemerlang dalam perlawanan akan datang."