Real mampu menang semua kejohanan -- Perez

Oleh Penulis Jemputan 4 November 2018 17
Real mampu menang semua kejohanan -- Perez
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, yakin bahawa Los Blancos masih berupaya untuk mengecap kejayaan di sebalik permulaan hambar musim ini.

Real menghuni tangga keenam LaLiga selepas mengatasi Real Valladolid 2-0, dengan skuad yang dipimpin pengendali sementara, Santiago Solari, kembali meraih kemenangan menerusi jaringan Vinicius Junior dan Sergio Ramos.

Tetapi di sebalik empat bulan yang mengecewakan ketika dibimbing Julen Lopetegui dan pencarian kelab mendapatkan pengedali tetap, Perez berkata tiada pihak seharusnya meragui kualiti Real.

"Kami memiliki skuad berkualiti yang membuktikan mampu memenangi sebarang kejohanan," kata Perez.

"Saya mahu menjelaskan sasaran kami tetap sama.

"Pasukan ini mampu memenangi sebarang kejohanan. Real berupaya mencipta sejarah dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan oleh mana-mana kelab."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen