Sergio Ramos kekal optimis dengan musim memberansangkan buat Real Madrid selepas terkandas dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Chelsea memandangkan masih dalam perebutan LaLiga.

Madrid tumpas 0-2 di Stamford Bridge, semalam, untuk tersingkir dengan agregat 1-3.

Juara 14 kali itu terpaksa akur gagal dalam usaha menambah koleksi berprestij berkenaan buat Los Blancos, tetapi api perjuangan mereka masih tersisa musim ini.

Pasukan asuhan Zinedine Zidane itu di kedudukan kedua dan hanya dua mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, yang akan bertandang ke kelab di tangga ketiga, Barcelona, malam esok.

Ramos menerusi media sosial menyeru rakan sepasukannya agar bangkit untuk menghadapi satu lagi pencabar utama, Sevilla, awal pagi Ahad ini.

"Ya, kami kecewa. Tetapi perjuangan kami belum selesai," katanya di Instagram.

"Sejarah dibina berdasarkan kemenangan tetapi Real Madrid sering bangkit daripada kekalahan.

"Gelaran liga masih ada buat kami perjuangkan dan kami akan berjaya."



Ramos tersisih hampir dua bulan dan kemunculan semulanya itu tepat pada waktunya untuk mengekang Chelsea dalam pertemuan kedua semalam.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu lebih banyak memenangi persaingan di udara (lapan) berbanding mana-mana pemain lain apabila memenangi 37.5 peratus daripadanya, sementara hanya rakan sepasukan. Toni Kroos (84) dan Luka Modric (86), yang mencipta hantaran lebih baik daripadanya iaitu 82 kali.

Berikutan kekalahan di London barat itu dan seri di Madrid minggu lalu, Chelsea ternyata lebih kerap menghantui mereka selain seteru lain dengan keseluruhannya seri dua kali dan kalah tiga kali.

Madrid akan berkunjung ke Granada dan Athletic Bilbao selepas pertemuan hujung minggu ini sebelum menjadi tuan rumah kepada Villarreal bagi aksi terakhir musim ini.