Real Madrid julang trofi kelima tahun ini

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2017 5215
Real Madrid julang trofi kelima tahun ini
REAL MADRID 1 GREMIO 0

Kemenangan 1-0 Real Madrid ke atas Gremio di Abu Dhabi awal pagi tadi membolehkan mereka mempertahankan gelaran juara Piala Dunia Kelab dan meraih trofi kelima buat kali pertama dalam satu-satu tahun.


Skuad Zinedine Zidane mendominasi perlawanan dari awal hingga akhir, dengan sepakan percuma Cristiano Ronaldo menghadiahkan skuad itu kejuaraan ketiga Piala Dunia Kelab dalam tempoh empat tahun.

Ia bermakna mereka akan menamatkan tahun 2017 dengan menjulang lima trofi yang berbeza, satu pencapaian yang belum pernah berlaku bagi kelab itu.

Empat lagi lagi trofi yang dimenangi Madrid tahun ini adalah La Liga, Liga Juara-Juara Eropah, Supercopa de Espana dan Piala Super UEFA.

Untuk perbandingan, pesaing hebat mereka, Barcelona, hanya memenangi Copa del Rey pada 2017, dan Madrid akan menutup tahun ini dengan menentang skuad Catalan itu dalam pertemuan El Clasico pertama musim 2017-18 La Liga, Ahad depan.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen