Real Madrid jelaskan sebab Hazard panaskan bangku simpanan 

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Julai 2020 2155
 Real Madrid jelaskan sebab Hazard panaskan bangku simpanan 
Zinedine Zidane menyifatkan keadaan Eden Hazard di Real Madrid sebagai sesuatu yang rumit selepas mengetepikan pemain antarabangsa Belgium itu sebagai pemain gantian yang tidak digunakan dalam kemenangan 2-1 di Granada, semalam. 

Gol sumbangan Ferland Mendy dan Karim Benzema pada awal permainan mencipta kemenangan yang mengukuhkan kedudukan Madrid di puncak LaLiga.

Hazard tiba daripada Chelsea dengan harga €100 juta (RM486.2j ) sebelum bermulanya kempen musim ini tetapi bergelut dengan kecederaan -- terutama patah pergelangan kaki -- yang menyaksikannya sekadar memainkan peranan terhad. 

Pemain berusia 29 tahun itu hanya tampil 15 kali dalam liga selain beraksi selama lapan minit ketika Real Mallorca dan Espanyol pada akhir bulan lalu.

Selepas rentetan kemenangan kesembilan, Zidane mendedahkan kepada wartawan bahawa Hazard masih belum sihat.





"Seseorang pemain itu perlu dalam keadaan yang sangat baik untuk diturunkan dan dia pula tidak begitu sihat," katanya.

"Situasinya agak rumit, tetapi saya harap dia akan mencapai tahap 100 peratus awal pagi Jumaat ini dan membantu pasukan. Itulah yang dimahukannya."

Madrid akan menyambut kunjungan Villarreal dengan menyedari kemenangan mereka mahupun kegagalan Barcelona mencipta tiga mata dalam aksi seterusnya akan menyaksikan mereka dinobatkan sebagai juara.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen