Real Madrid dominasi Anugerah Kesebelasan Terbaik UEFA

Oleh Russell Greaves 21 November 2016 16
Real Madrid dominasi Anugerah Kesebelasan Terbaik UEFA
Real Madrid mampu menyenaraikan kesebelasan utama dalam senarai pencalonan Anugerah Kesebelasan Terbaik Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam kalangan 40 pemain yang tercalon, dengan kancah LaLiga mendominasi senarai yang dikeluarkan. 

Juara bertahan Liga Juara-Juara 2016 itu memiliki lapan pemainnya dalam senarai pemain berbakat yang beraksi di Eropah, yang diketuai calon pilihan Ballon d'Or,  Cristiano Ronaldo.

Dalam senarai yang dikeluarkan malam tadi, Real Madrid menyumbang kepada sejumlah 18 pemain dari liga utama Sepanyol, sementara 12 pemain pula dari kalangan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Seramai 15 pemain yang tersenarai pula terdiri daripada mereka yang pertama kali dicalonkan -- termasuklah pemain Leicester City, Riyad Mahrez -- dan undian daripada peminat dari serata dunia akan menentukan calon yang bakal disenarai pendek. 

Ronaldo tercalon buat kali ke-13 manakala Madrid merupakan salah satu daripada 21 kelab yang tersenarai. Tiga pemain skuad Portugal -- Rui Patricio, Raphael Guerreiro dan Pepe -- turut tercalon susulan kejayaan mereka menggondol kejuaraan Euro 2016. 

Undian tahun lalu menyaksikan pemain Barcelona, Lionel Messi, menerima undian terbanyak dengan 448,445, namun seterunya di Bernabeu, Ronaldo, turut berada dalam senarai akhir, 10 kali melebihi mana-mana pemain. 

Pemenang dalam kesebelasan terbaik akan diumumkan oleh badan induk Eropah pada 5 Januari tahun hadapan. 
 
Penjaga gol: Rui Patricio (Sporting), Keylor Navas (Real Madrid), Jan Oblak (Atletico Madrid), Gianluigi Buffon (Juventus)

Pertahanan: Gerard Pique (Barcelona), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Toby Alderweireld (Tottenham), Sergio Ramos (Real Madrid), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund), Leonardo Bonucci (Juventus), Laurent Koscielny (Arsenal), Diego Godin (Atletico Madrid), Pepe (Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Dani Carvajal (Real Madrid), Jerome Boateng (Bayern Munich)

Pemain tengah: Dimitri Payet (West Ham), Yannick Carrasco (Atletico Madrid), Paul Pogba (Manchester United), Riyad Mahrez (Leicester City), Kevin De Bruyne (Manchester City), Joe Allen (Stoke City), Luka Modric (Real Madrid), Aaron Ramsey (Arsenal), Toni Kroos (Real Madrid), Andres Iniesta (Barcelona), N'Golo Kante (Chelsea), Grzegorz Krychowiak (Paris Saint-Germain)

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona), Luis Suarez (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Robert Lewandowski (Bayern Munich), Zlatan Ibrahimovic (Manchester United), Gonzalo Higuain (Juventus), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund), Neymar (Barcelona), Gareth Bale (Real Madrid), Sergio Aguero (Manchester City), Alexis Sanchez (Arsenal)

Tentang Penulis

Russell Greaves

Komen