Real Madrid berpesta gol di tempat sendiri

Oleh Ryan Benson 18 Oktober 2016 6
Real Madrid berpesta gol di tempat sendiri
REAL MADRID 5 LEGIA 1 

Real Madrid bergelut pada awal permainan sebelum membenam Legia Warsaw 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi bagi melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 23 perlawanan dalam semua pertandingan yang mereka sertai. 


Madrid dipaksa bekerja keras sebelum Gareth Bale membuka tirai jaringan dengan ledakan gol pertamanya dalam kempen Liga Juara-Juara sejak Disember 2014.

Namun, Vadis Odidja-Ofoe sempat menghadirkan debaran di Stadium Santiago Bernabeu apabila percubaannya singgah di tiang gol -- antara beberapa percubaan awal yang mereka perolehi menerusi serangan balas. 

Gol sendiri Tomasz Jodlowiec tidak mudah mematahkan semangat Legia dan hasilnya, Miroslav Radovic berjaya memenangi dan menyumbat sepakan penalti untuk Legia kembali memberi saingan.

Legia, bagaimanapun, tersentak apabila Marco Asensio menyumbat gol pertamanya dalam kempen Liga Juara-Juara untuk menjadikan kedudukan 3-1. 

Pelawat terus bergelut apabila Madrid memperkemaskan permainan pada babak kedua untuk terus mengukuhkan cengkaman dengan pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, membuat keputusan tepat untuk cuba menambah sengat di bahagian serangan dengan mempertaruhkan Lucas Vazquez dan Alvaro Morata. 

Vazquez meletakkan Madrid semakin selesa di hadapan dengan menyudahkan peluang ketika permainan berbaki 22 minit, sebelum Morata dengan tenang menyumbat satu gol lagi pada lewat permainan untuk Madrid mengumpul tujuh mata dalam tiga perlawanan Kumpulan F.
 

Tentang Penulis

Ryan Benson

Komen