Luka Modric mengakui Real Madrid dalam 'situasi amat sukar' dengan harapan bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL) semakin samar selepas tewas kepada Shakhtar Donetsk.

Real tewas 2-0 kepada Shakhtar awal pagi tadi menyaksikan juara LaLiga itu kekal di tangga ketiga Kumpulan B dan bakal berdepan penyingkiran menjelang aksi terakhir.

Dikejutkan Deportivo Alaves dalam saingan LaLiga Sabtu lau, Real mengharungi dua kekalahan berturut-turut selepas jaringan dalam separuh masa kedua oleh Dentinho dan Manor Solomon di Kiev.

Real kini telah bolos sembilan gol dalam saingan UCL musim ini, jumlah keseluruhan paling terakhir di peringkat ini dalam sejarah pertandingan itu.

Skuad kendalian Zinedine Zidane turut tewas kepada Shakhtar di laman sendiri dan ketinggalan kepada lawan mereka itu menerusi rekod pertemuan, kini di belakang Borussia Monchengladbach dengan satu mata sementara dua di depan Inter.

"Sukar untuk menjelaskan selepas kami telah bermain dengan baik dalam separuh masa pertama dan kami telah menghasilkan percubaan tetapi gagal menyempurnakannya.

"Dalam separuh masa kedua, mereka menjaringkan gol, segalanya berubah dan kami bermula bermain perlawanan yang lain. Kami mula gelisah di atas padang, sukar untuk dijelaskan.

"Ia merupakan situasi yang sukar namun itulah yang berlaku. Masih berbaki satu perlawanan dan kami mahu memberikan yang terbaik untuk menang perlawanan terakhir."



"Kami tidak konsisten seperti yang selalu. Kami telah bermain satu perlawanan dengan baik, dua perlawanan yang buruk, satu baik, dua buruk.

"Kami perlu kembali konsisten secepat mungkin."

Real menamatkan sembilan perlawanan berturut-turut dengan sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) (23 gol secara keseluruhan) -- rekod paling lama sejak 16 perlawanan di antara November 2015 dan September 2018.

Sementara itu, kelima-lima gol Shakhtar dalam kejohanan musim ini telah diledak ketika berdepan Real kendalian Zinedine Zidane, yang ketinggalan tujuh mata kepada pendahulu LaLiga, Real Sociedad.

Shakhtar menjadi pasukan kelimat untuk menang dua perlawanan peringkat kumpulan UCL ke atas Reala dalam satu musim, mengikut jejak CSKA Moscow pada 2018-19, Juventus pada 2008-09, Bayern Munich pada 1999-2000 di peringkat kedua dan Ajax pada 1995-96.