Real Chukai FC enggan dabik dada

Oleh Tengku Danish Bahri 11 Disember 2017 1107
Real Chukai FC enggan dabik dada
Jurulatih Real Chukai FC, Mohd Nasuha Abdullah, tidak mahu skuad bimbingannya dibuai mimpi selepas menjulang Piala Amatur Malaysia menewaskan Selangor Champions League (SCL) All Stars, kelmarin.

Walaupun mendahului di awal permainan, katanya, pemain-pemainnya diberi tentangan sengit dengan kedua-dua pasukan menyajikan aksi menghiburkan sehingga wisel penamat.

Kejuaraan diraih itu turut disifatkan Nasuha sebagai permulaan kebangkitan bola sepak amatur di negara ini sambil menjangkakan sambutan lebih hangat pada tahun depan.

“Dua trofi menjadi milik kami musim ini, namun kejayaan itu bukan alasan untuk kami mendabik dada kerana tahun 2018 pasti lebih getir buat Real Chukai FC,” ujarnya.

Real Chukai FC, yang juga juara Piala Liga Amatur Terengganu (TAL), turun selaku wakil TAL All Stars dan memenangi kejuaraan kedua mereka selepas menang 2-0 ke atas SCL All Stars.

Dalam aksi di Stadium Shah Alam itu, penyerang berbisa, Muhammad Izzan Syahmi, muncul wira pasukannya dengan dua jaringan pada minit keempat dan minit ke-47.

Kredit foto: Liga Amatur Terengganu (TAL)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen