Pengarah Real Madrid, Emilio Butragueno, berkata kelab itu telah dipilih untuk berdepan 'lawan paling tidak diingini' dalam aksi kalah mati Copa del Rey.

Juara Eropah itu bakal berdepan Sevilla dalam dua aksi timbal balik yang bakal berlangsung pada Januari, di mana mereka juga akan bertemu dalam LaLiga.

Sevilla hampir untuk menewaskan Real dalam aksi Piala Super UEFA pada Ogos, dengan Sergio Ramos menjaringkan gol penyamaan sebelum Dani Carvajal memastikan kemenangan milik pemenang Liga Juara-Juara (UCL) 11 kali itu.

Skuad kendalian Jorge Sampaoli berjaya mara ke pusingan 16 terakhir UCL dan menduduki tangga ketiga liga dan Butragueno menyedari Sevilla mampu mendatangkan masalah buat pasukannya.

"Mereka adalah lawan paling sukar dan kami perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap perlawanan ini," ujar Butragueno.

"Kami perlu membuat persediaan yang rapi untuk perlawanan pertama kerana kami mengetahui kesukaran beraksi di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan.

"Penyokong tuan rumah yang bersemangat akan menggugat prestasi pemain kami dan ia akan memberikan kelebihan buat pasukan lawan."