Bintang-bintang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba, adalah antara pemain yang terlepas tempat dalam kelompok 10 teratas ranking Ballon d'Or 2016.

Pogba, yang menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak apabila dia menyertai semula United dari Juventus dengan yuran £89 juta pada Ogos lalu, berkongsi tangga ke-14 dengan pemain tengah Bayern Munich dan Chile, Arturo Vidal.

Penyerang veteran Sweden, Ibrahimovic, yang bersara daripada tugas antarabangsa selepas Euro 2016 sebelum beralih ke Old Trafford dengan perpindahan percuma selepas kontraknya di Paris Saint-Germain tamat, menduduki tangga ke-13.

Mengatasi mereka ialah penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang (11) dan penjaga gol Sporting CP, Rui Patricio (12), wira buat Portugal dalam kejayaan menjuarai Kejohanan Eropah di Perancis.

Antara pemain lain yang mengisi ranking ke-11 hingga 17 adalah rakan sekelab Vidal, Robert Lewandowski (16), bersama pemain tengah Real Madrid, Luka Modric dan Toni Kroos, begitu juga pemain perancang West Ham, Dimitri Payet (ketiga-tiga yang terakhir itu berkongsi ranking ke-17).

France Football sudah menamatkan usahasama enam tahunnya dengan FIFA dalam menganjurkan anugerah itu dari 2009 hingga 2015. Ia didasarkan kepada undi 173 wartawan di seluruh dunia.

Ranking akhir 11-17, Ballon d'Or:

11. Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund)
12. Rui Patricio (Sporting CP)
13. Zlatan Ibrahimovic (Manchester United)
14. Arturo Vidal (Bayern Munich)
14. Paul Pogba (Manchester United)
16. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
17. Dimitri Payet (West Ham)
17. Luka Modric (Real Madrid)
17. Toni Kroos (Real Madrid)