Ranieri mahu The Foxes pamer aksi cemerlang bertemu Copenhagen

Oleh Chris Myson 18 Oktober 2016 0
Ranieri mahu The Foxes pamer aksi cemerlang bertemu Copenhagen

Claudio Ranieri menjangkakan pemain Leicester City akan mempamerkan aksi terbaik dalam dua perlawanan bertemu Copenhagen dalam saingan Liga Juara-Juara.

Juara menanti Liga Perdana Inggeris itu akan menerima kunjungan Copenhagen awal pagi Rabu, sebelum berlepas ke Denmark pada 2 November untuk aksi timbal balik.

Ranieri menyedari ia merupakan perlawanan yang penting bagi menentukan peluang Leicester untuk mara ke pusingan seterusnya serta mahu pasukannya memberikan tumpuan sepenuhnya.

Leicester yang masih bergelut dalam saingan domestik -- The Foxes hanya memungut lapan mata daripada lapan perlawanan -- namun dua perlawanan dalam UCL menyaksikan mereka menang ke atas Club Brugge dan Porto untuk menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan enam mata.

"Dua perlawanan seterusnya dalam UCL amat penting buat kami," jelas Ranieri.

"Kami harus melakukan yang terbaik untuk musim ini. Kami mahu meraih tiga mata penuh.

Leicester telah merehatkan Riyad Mahrez, Danny Simpson dan Islam Slimani ketika tewas kepada Chelsea 3-0 di Stamford Bridge untuk memberikan tumpuan penuh kepada perlawanan bertemu Copenhagen.

Ranieri menegaskan beliau tidak menyesal kerana membuat pertukaran dalam kesebelasan utama.

"Pemain-pemain saya telah membuat satu dunia menjadi gila musim lalu, ia bagaikan satu kisah dongeng.

"Saya mahu mereka mempamerkan kekuatan, perasaan cinta terhadap bola sepak dan pasukan ini."

Tentang Penulis

Chris Myson

Komen