Pengarah Sukan RB Leipzig, Ralf Rangick, menolak desas-desus bahawa Naby Keita akan meninggalkan pasukan sebelum berakhirnya musim ini.

Selepas spekulasi bertiup kencang ketika aksi pra-musim, Liverpool akhirnya mencapai persetujuan dengan Keita untuk berhijrah ke Anfield pada Julai 2018, selepas melalui musim cemerlang dalam penampilan sulung dalam Bundesliga.

Liverpool dilaporkan telah bersetuju untuk membayar nilai premium terhadap klausa perpindahan Keita untuk melengkapkan perpindahan tersebut, namun wujud laporan mengatakan pengendali Reds, Jurgen Klopp, cuba untuk membawanya ke England lebih awal.

Leipzig kini masih bersaing dalam Kumpulan G, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan berada di tangga kedua liga di belakang Bayern Munich, membuatkan Rangick menolak kebarangkalian tersebut kerana ia akan memberikan kesan kepada kempen pasukan, musim ini.

"Jika kami gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam UCL, Keita tetap akan bersama pasukan sehingga akhir musim,|" ujar Rangick kepada Leipziger Volkszeitung.

"Kami mahu beraksi di peringkat Eropah sekali lagi dan khidmat Keita diperlukan."