Aaron Ramsey akan kekal fokus walaupun dipalit dengan spekulasi masa depan bersama Arsenal, kata pengurus Wales, Ryan Giggs.

Ramsey bakal bergelar ejen bebas pada akhir musim ini dan Arsenal dikatakan membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak tersebut.

Liverpool dan Manchester United merupakan antara kelab Liga Perdana Inggeris yang ingin mendapatkannya sambil wakil Serie A, AC Milan, Juventus dan Inter Milan, turut menyimpan hasrat sama.

Ramsey terlibat dalam kesemua lapan perlawanan untuk Arsenal musim ini dan dan bintang Wales itu turut menjaringkan satu gol hebat ketika The Gunners menundukkan Fulham 5-1.

Giggs berpendapat pemain berusia 27 tahun itu akan mengabaikan segala persoalan mengenai masa depannya tatkala Wales berdepan aksi persahabatan menentang Sepanyol, awal pagi esok.

"Saya tidak mahu masuk campur tetapi Ramsey tidak terkesan dengan situasi kontrak yang berlaku," kata Giggs.

"Ia tidak berlaku dalam kempen sebelum ini dan juga ketika ini.

"Jika dia berada di sini, dia adalah pemain saya dan seperti apa yang dikatakan tadi, dia suka mewakili pasukan kebangsaan. Dia juga menampilkan aksi positif buat negaranya, jadi ia tidak menjejaskannya."