Ramsey satu penambahan hebat buat Juventus -- Pirlo

Oleh Staff Writer 28 Disember 2018 1655
Ramsey satu penambahan hebat buat Juventus -- Pirlo
Aaron Ramsey mampu menjadi satu penambahan menarik buat Juventus, kata bekas tonggak tengah kelab Serie A itu, Andrea Pirlo.

Ramsey kini bersedia untuk meninggalkan Arsenal di penghujung musim ini selepas kelab England itu membatalkan tawaran lanjutan kontraknya, sekali gus mengejutkan pemain tersebut.

Juara bertahan Serie A, Juventus, dilaporkan muncul salah satu daripada pasukan elit Eropah yang ingin mendapatkan Ramsey tatkala pemain tengah Wales itu boleh memulakan rundingan dengan mana-mana kelab bulan depan untuk berhijrah secara percuma.

Pirlo percaya Juve yang mendapatkan Emre Can daripada seteru Arsenal, Liverpool, tahun lalu mampu melalui satu lagi episod sama dan terus meningkat dengan kehadiran Ramsey.

"Ramsey adalah satu pembelian hebat," kata Pirlo.

"Juventus sedang cuba melengkapkan satu perjanjian bagus. Ramsey adalah pemain yang kuat dan mampu menyinar."

Bagaimanapun, Juve berdepan cabaran daripada pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), yang cuba untuk mendapatkan Ramsey, Januari ini.

Walaupun tempoh 10 tahun Ramsey di Arsenal tampak menuju penghujung, dia tetap melakukan 16 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini serta menjaringkan satu gol.

Arsenal dilaporkan berminat untuk membawa masuk pemain tengah Sevilla, Ever Banega, selaku pengganti buat Ramsey.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen