Ramos tidak sertai skuad Sepanyol ekoran kecederaan

Oleh Penulis Jemputan 16 November 2018 46
Ramos tidak sertai skuad Sepanyol ekoran kecederaan
Sergio Ramos tidak akan menyertai kunjungan Sepanyol ke Las Palmas bagi aksi persahabatan menentang Bosnia-Herzegovina selepas mengalami kecederaan otot.

Pertahanan tengah Real Madrid itu menderita kesakitan dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah yang menyaksikan pasukannya tewas 2-3 kepada Croatia di Zagreb, awal pagi tadi.

Walaupun menjaringkan gol melalui sepakan penalti, Ramos mengumumkan dalam laman Twitter miliknya yang dia tidak akan terlibat dalam aksi hujung minggu ini.

Dia dijangka kembali cergas dalam aksi Real Madrid berdepan Eibar, minggu depan, namun jika sebaliknya berlaku, ia akan menambahkan kerisauan jurulatih kelab itu, Santiago Solari.

Sergio Reguilon, Nacho Fernandez, Jesus Vallejo dan Casemiro masih belum pulih sepenuhnya manakala  Marcelo, Dani Carvajal and Raphael Varane turut menyertai senarai kecederaan.

Kekalahan Sepanyol menyaksikan mereka kini bergantung harap kepada pertemuan England dan Croatia di Wembley, hujung minggu ini.

Hanya keputusan seri dalam perlawanan itu dapat melayakkan skuad kendalian Luis Enrique ke separuh akhir.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen