Sergio Ramos mencatat rekod baru dalam saingan LaLiga selepas dilayangkan kad merah buat kali ke-19 ketika seri tanpa jaringan dengan Athletic Bilbao di San Mames, semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu telah dilayangkan kad kuning kedua selepas menyiku Aritz Aduriz pada minit ke-86.

Ketiadaan Ramos -- buat kali kedua dalam musim ini -- meletakkan dirinya melepasi bekas pertahanan Barcelona dan Sevilla, Pablo Alfaro serta legenda Real Zaragoza, Xavi Aguado.

Pemain pertahanan itu menggunakan pelindung muka untuk aksi ini selepas patah hidung ketika bertemu Atletico Madrid, dua minggu lalu.

Tetapi dibuang padang pada penghujung permainan memberikan keputusan mengecewakan buat skuad bimbingan Zinedine Zidane kerana gagal merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Barcelona, yang turut seri dengan Celta Vigo 2-2.