Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, tidak pasti dengan hala tuju masa depan Cristiano Ronaldo di kelab itu dengan mengatakan dia tidak tahu.

Ronaldo, 32, sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada juara LaLiga itu walaupun mempunyai kontrak sehingga pertengahan 2021.

Ditanya sekali lagi mengenai masa depan bintang itu selepas Sepanyol seri 3-3 dengan Russia, Ramos menjawab bahawa dia tidak tahu.

"Kenapa Cristiano pergi? Tanya dia, saya tidak tahu mengenai perkara ini," kata pemain pertahanan itu.

Madrid akan kembali beraksi dengan pertembungan 'derby' berdepan Atletico menanti mereka hujung minggu ini selepas menduduki tangga ketiga dan lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Ramos berkata barisan kendalian Zinedine Zidane itu tidak mampu mengelak daripada melakukan beberapa kesilapan sepanjang musim ini.

"Ini perkara yang baik tentang bola sepak -- kesukaran akan berlaku," katanya.

"Kami melakukan beberapa kesilapan kecil sehingga membazirkan beberapa mata.

"Kami berharap dapat memainkan peranan yang baik dalam pertembungan 'derby', kemudian kita akan melihatnya selepas itu," katanya.