Rami dedah tolak peluang sertai Emery di PSG

Oleh Ryan Benson 26 Oktober 2016 0
 Rami dedah tolak peluang sertai Emery di PSG
Pemain pertahanan Sevilla, Adil Rami, mendedahkan bahawa dia telah menolak lamaran Paris Saint-Germain (PSG) selepas berbincang dengan Unai Emery pada jendela perpindahan yang lalu. 

Jurulatih berbangsa Sepanyol itu menyertai PSG musim ini selepas tiga setengah tahun membina sejarah gemilang di Sevilla di mana Rami memainkan watak penting semasa kempen 2015-2016. 

Prestasi Rami di kelab itu membantunya kembali di pentas antarabangsa bersama Perancis pada Euro 2016 dan dia berpeluang untuk kembali beraksi di tanah air sendiri.   
Bagaimanapun, selepas beberapa kali berbincang dengan Emery yang mahu membawanya ke Paris bagi menampung kehilangan David Luiz, dia mengambil keputusan perpindahan itu terlalu berisiko dengan hajatnya adalah untuk beraksi secara kerap. 

"Saya dihubungi Unai Emery semasa perpindahan yang lalu untuk berpindah ke PSG," katanya kepada Team Duga. 

"Baik saya mahupun PSG tidak 100 peratus yakin. Sudah agak terlambat (jendela perpindahan), apabila David Luiz berhijrah ke Chelsea (pada 31 Ogos). Kami berbincang mengenainya. 

"Ia membuatkan saya tertarik tapi saya tetap tenang. Pada hari ini, saya perlu beraksi secara kerap. 

"Ketika ini, saya berada di kelab yang bermain di peringkat Eropah. Saya sedar dengan kualiti pemain pertahanan tengah yang sudah dimiliki PSG. Saya tidak mahu mengambil risiko."
 

Tentang Penulis

Ryan Benson

Komen