Quique Setien menegaskan Ivan Rakitic tidak meminta untuk keluar daripada Barcelona sambil pengendali itu berkata masih terlalu awal untuk berbincang mengenai masa depan Philippe Coutinho.

Bakal tamat kontrak pada tahun depan, kebelakangan ini Rakitic sering mengkritik cara layanan kelab terhadapnya tatkala pemain tengah Croatia itu semakin hampir dengan jalan keluar.

Pengurus Barca, Setien, tidak memikirkan hasrat pemain berusia 32 tahun itu untuk berpindah dan menegaskan dia teruja dengan prestasi Rakitic musim ini.

"Saya tiada sebarang maklumat bahawa Rakitic mahu meninggalkan kelab dan dia juga tidak memaklumkannya kepada saya. Di bawah bimbingan saya, dia banyak beraksi dan boleh meneruskannya," katanya.

"Saya gembira dengan prestasinya dan tiada apa perlu dijelaskan. Kami perlu tunggu apa yang akan berlaku dan lihat jika dia mahu berhijrah atau sebaliknya. Jika saya perlu menyebutnya, masa akan tiba."

Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan jalan keluar daripada Barca adalah Coutinho yang kini dipinjamkan kepada Bayern Munich.

Perancang itu bergelut sepanjang tempoh 18 bulan di Barca tetapi Setien menegaskan dia meminati aksi pemain Brazil itu.

"Dia seorang pemain yang hebat dan saya sentiasa menyukainya tetapi masih terlalu awal.

"Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan."