Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic, berkata dirinya bukan 'seguni kentang' apabila meminta menghormati berikutan masa depannya bersama juara LaLiga itu.

Rakitic terus dikaitkan dengan penghijrahan meninggalkan Barca, selepas telah menarik perhatian Juventus, Inter, Manchester United dan Paris Saint-Germain sebelum ini.

Masa depan pemain berusia 32 tahun itu di Nou Camp masih tiada lagi kepastian dan pemain kebangsaan Croatia ingin menjelaskan situasinya.

"Saya bukan seguni kentang," kata Rakitic.

"Saya akan membuat keputusan terhadap masa depan saya.

"Jika kekal di sini, saya gembira dan jika tidak, saya akan tentukan destinasi seterusnya."