Rakitic 'sangat gembira' di Nou Camp

Oleh Ammar Hakim 8 Mei 2020 68
Rakitic 'sangat gembira' di Nou Camp
Ivan Rakitic menegaskan dirinya 'sangat gembira' di Barcelona dan tidak terlalu memikirkan mengenai spekulasi perpindahan ketika membuat persiapan meneruskan khidmatnya bersama pasukan sehingga tamat kontraknya.

Kontrak Rakitic bersama Barcelona sehingga Jun 2021, namun dia kerap kali dengan penghijrahan meninggalkan Blaugrana.

Bintang Croatia itu dikatakan bakal menampung perbelanjaan bagi mendapatkan bintang Paris Saint-Germain, Neymar, manakala bekas kelab, Sevilla turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan semula pemain tersebut.

Tetapi Rakitic berkata dia sudah membiasakan diri dengan khabar angin mengenai dirinya dan mahu kekal fokus dengan tugasnya bersama pendahulu LaLiga itu.

"Saya sudah membiasakan diri," katanya. "Saya telah bersama Barca selama enam tahun.

"Saya perlu memahami dan mengingati bola sepak bukanlah hanya sukan. Ia lebih daripada itu. Kami mengetahuinya dan perlu memahami situasi ini."
 
"Perkara paling utama adalah saya berasa sangat selesa dan sering mendapatkan maklum balas yang positif daripada ketua jurulatih dan kelab.

"Saya masih lagi memiliki kontrak bersama pasukan. Saya mahu terus berkhidmat selagi diperlukan pasukan."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen