Ivan Rakitic berharap dapat membantu menjadikan Sevilla menjadi pencabar LaLiga selepas kembali ke "halaman sendiri" susulan enam tahun berkelana ke Barcelona.

Pemain berumur 32 itu sah kembali ke pangkuan Sevilla malam tadi yang menyaksikannya menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan kelab Andalusia itu akan membuat pembayaran awal sebanyak €1.5 juta (RM7.3j), sementara €9 juta (RM44.1j) lagi mungkin bergantung kepada prestasi.

Perpindahan itu menyaksikan Rakitic kembali ke kelab itu di mana dia mengangkat dirinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik Eropah dalam tempoh tiga setengah tahun dengan membantu mereka meraih kejayaan Liga Europa pada 2013-14.

Di Barca, perancang dari Crotia itu menjulang 13 gelaran jadi dia berharap dapat membawa Sevilla ke tahap lebih tinggi.

Selepas memenangi mahkota Liga Europa keempat dalam eranya dan di sebalik pergolakan di kem jaguh Catalunya itu, Presiden Sevilla, Jose Castro, mula nmengimpikan mengimpikan gelaran liga pertama sejak kali terakhir melakukannya pada 1940-an.

"Dengan segala hormatnya, (gelaran Liga Europa) yang keenam sudah menjadi milik kami dan seperti yang kelab lain, kami mengimpikannya," kata pemain itu kepada wartawan ketika diperkenalkan kepada media.

"Namun, kami ingin mengambil langkah selanjutnya, baik dalam LaLiga mahupun dalam Liga Juara-Juara (UCL), Kami semua tahu betapa besar ertinya tetapi kami tidak mahu saling memberi tekanan.


"Kami ingin tahu arah mana yang kami tujui. Saya sangat menantikannya.

"Situasinya berbeza dengan pengalaman saya ketika mula-mula tiba di sini sembilan tahun yang lalu, terutama situasi pasukan dan persekitarannya.

"Saya berada dalam pasukan yang bergelar juara dan saya bernasib baik kerana faham apakah maksudnya. Saya bangsa asing pertama yang dilantik sebagai ketua pasukan sejak (Diego) Maradona dan musim ini pula, saya ingin memberi jaminan kepada rakan sepasukan dan keluarga saya bahawa ia masih boleh direalisasikan.

"Wujud potensi besar, mereka berusaha dengan hebat termasuk barisan kejurulatihan dan pengurus yang hebat. Bagi pihak saya, anda boleh mengharapkan sumbangan yang maksimum.

"Bukan setakat di sini, saya mahu menolong kelab, rakan sepasukan dan peminat dalam membuat langkah seterusnya. Saya sangat gembira dan teruja untuk pulang. Saya juga sangat bersyukur kerana semuanya berlaku, seperti itulah yang kami mahukan."