Zlatan Ibrahimovic masih belum bersetuju untuk menandatangani kontrak baru dengan Milan, kata ejen pemain itu, Mino Raiola.

Ibrahimovic kembali ke San Siro pada Januari lalu selepas kontraknya dengan Los Angeles Galaxy berakhir dan dia kemudian menjaringkan 11 gol daripada 20 perlawanan buat skuad Rossoneri itu.

Bagaimanapun, penyerang berusia 38 tahun itu pada ketika ini masih tidak mengikat sebarang kontrak bagi saingan musim depan.

Laporan di Itali mendakwa bahawa kedua-dua pihak itu sudah mencapai kesepakatan dengan Ibrahimovic dikatakan bersetuju dengan kontrak selama setahun dengan pembayaran awal bernilai €6 juta (RM296 juta).

Bagaimanapun, Raiola kemudian menciap dalam Twitter bagi menafikan dakwaan itu.

"Ibrahimovic masih BELUM menandatangani kontrak dengan AC Milan," tulisnya.

Dia kemudian memuat naik satu laporan akhbar dengan melabelkannya sebagai "berita palsu".

Raiola berkata kepada Sky Sport Italia: "Kami sedang berbincang tetapi kami masih belum mencapai kesepakatan.

"Kami masih berbincang. Jika saya tidak optimis, saya akan tidur di katil dengan tirai yang tertutup."