Maxwel Cornet menolak cadangan dia memiliki 'rahsia' untuk menjaringkan gol berdepan Manchester City selepas sekali lagi melakukannya untuk membantu Lyon menang.

Cornet membuka jaringan ketika menang 3-1 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Lisbon.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu telah menjaringkan gol buat kali ketiga berturut-turut berdepan City, termasuk dua gol pada 2018.

Tetapi penyerang itu menolak mengenai dirinya memiliki rahsia dalam kejayaan ke atas gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Rahsia saya sentiasa jaring gol ketika berdepan City? Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai sebarang rahsia," kata Cornet.




"Perkara paling penting adalah kami mengikut setiap arahan jurulatih dan bertahan sebaik mungkin. Bertahan terlebih dahulu kemudian menghasilkan peluang.

"Ia berhasil dan saya sangat gembira dengan pasukan. Saya sangat gembira dengan semangat pasukan. Saya berharap ia akan berterusan."