Rabiot puji impak Neymar, Mbappe, Alves bersama PSG

Oleh Penulis Jemputan 4 Oktober 2017 551
 Rabiot puji impak  Neymar, Mbappe, Alves bersama PSG
Adrien Rabiot gembira dengan kesan yang tunjukkan Neymar, Kylian Mbappe dan Dani Alves di Paris Saint-Germain (PSG​) pada musim ini.

PSG, yang tewas kepada Monaco dalam perebutan gelaran Ligue 1 pada musim lalu, telah memulakan kempen baru dengan prestasi baik, mendahului liga domestik dan kumpulan Liga Juara-Juara.

Rabiot melontarkan pujian terhadap Neymar, Mbappe dan Alves apabila trio itu menjadi kunci kepada permulaan baik mereka.

"Neymar adalah fenomena -- kami menyedarinya ketika Barcelona menyingkirkan kami (dalam Liga Juara-Juara) di Camp Nou pada musim lalu," katanya kepada Gazzetta dello Sport. "Adalah lebih baik untuk mempunyainya bersama kami daripada menentang kami.

"Mbappe menunjukkan bahawa dia mempunyai bakat yang hebat. Kylian mempunyai masa depan yang baik di hadapannya.

"Mereka adalah dua bintang pasukan, tetapi jangan lupa betapa pentingnya Dani Alves. Dia adalah pemimpin semasa sesi latihan dan perlawanan.

"Dia seorang pemain sangat sensitif yang tahu bagaimana untuk berbincang dengan kumpulan walaupun pada masa yang sukar."

Rabiot juga gembira memberikan sumbangan menerusi gandingannya bersama Thiago Motta dan Marco Verratti di bahagian tengah.

"Saya fikir saya telah menunjukkan kemajuan pada setiap hari bersama mereka," katanya. "Motta adalah pemain yang tidak pernah kehilangan ketenangannya, dengan corak permainan yang luar biasa dan kualiti hantaran.

"Verratti mempunyai lebih banyak kebebasan untuk bermain di hadapan dengan menggunakan kualiti hantaran jauh yang sangat baik."

Mengenai gaya permainannnya, Rabiot menambah: "Saya mungkin mempunyai hubungan yang lebih baik dengan Motta, yang bermain hampir dengan saya di padang, tetapi saya suka menyertai campuran dua pemain ini, sementara saya juga mempunyai ciri-ciri sendiri. "
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen