Puyol sokong gaya kepimpinan Messi berbanding Pique 

Oleh Staff Writer 13 Oktober 2019 361
Puyol sokong gaya kepimpinan Messi berbanding Pique 
Carles Puyol mengakui dia lebih menggemari tindakan lembut Lionel Messi sebagai pendekatan diplomasi di Barcelona berbanding gaya lantang Gerard Pique. 

Bekas pemain itu baru-baru ini menyalahkan perancangan pra-musim kelab itu yang mempengaruhi permulaan buruk mereka dalam usaha mempertahankan gelaran juara LaLiga.

Dia turut menyelar langkah kritikal ahli lembaga Barca yang gemar menyuarakan pendapat di media berkenaan pemain-pemain. 

Sebaliknya, Messi jarang bercakap hal itu dan bekas kapten Barcelona tersebut menyatakan bahawa dia pasti akan mengikuti gaya bintang handalan itu ketika menangani isu-isu kelab.

"Anda perlu menghormati Gerard," kata Puyol kepada pemberita, semalam.

"Kita semua mengenalinya. Apabila dia ingin mengatakan sesuatu yang bermain di fikirannya, dia akan berterus terang.

"Kalau saya, saya lebih cenderung dengan gaya Messi, jadi saya akan bertindak sepertinya."

Puyol turut menjelaskan keputusannya menolak jawatan sebagai pengarah sukan kelab itu adalah kerana dia terlalu sibuk.

"Saya fikir kenyataan itu sangat jelas, anda tidak boleh mentafsirkannya lagi," katanya.

"Pada masa ini, saya sedang terlibat dengan projek-projek pembangunan baru yang menuntut saya untuk berkelana selama beberapa hari selain terbabit dengan Piala Negara-Negara Danone, termasuk bola sepak dan nilai-nilainya serta program dalam talian yang direka bagi ibu bapa yang ingin meluangkan masa dengan anak-anak mereka.

"Ada banyak lagi yang saya sedang usahakan. Saya mengusahakannya selama berbulan-bulan ini dan saya tidak fikir ia adalah masa yang sesuai untuk meninggalkan mereka, bukan masa yang tepat untuk saya menyertai Barca."

Bekas rakan sepasukan Puyol, Victor Valdes, telah dipecat sebagai jurulatih pasukan B-19 bulan ini, dengan bekas penjaga gol itu dilaporkan berbalah dengan ketua pasukan La Masia, Patrick Kluivert.

"Victor masih belum mempunyai banyak pengalaman sebagai jurulatih," kata Puyol. "Musim lalu dia melakukannya dengan amat baik dan mempunyai banyak pengetahuan tentang bola sepak untuk mengajar anak-anak.

"Saya tidak tahu apa yang telah berlaku, saya tidak berada di kelab itu tetapi saya tahu dia akan mempunyai karier yang baik sebagai jurulatih dan dia akan melatih pemain-pemain yang hebat.

"Bola sepak remaja tidak mudah. Selalunya anda akan melihat keputusannya tetapi anda juga harus memikirkan tentang perkembangan dan latihan kanak-kanak."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen