Putrajaya bakal jadi hub bola sepak negara

Oleh Ammar Hakim 16 Jun 2020 145
Putrajaya bakal jadi hub bola sepak negara
Bandar bola sepak di Presint 5 Putrajaya yang bakal menjadi hub bola sepak negara akan dinamakan sempena bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang menjadi antara individu yang menggerakkan projek ini sejak 2014.

Bagaimanapun, ia baru di peringkat cadangan dan akan dibawa ke Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan baginda.

Bandar bola sepak ini bukan sahaja menjadi lokasi pejabat baru dan padang latihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), malah turut  menempatkan pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) serta stadium ragbi untuk skuad kebangsaan dan padang bolasepak buat warga setempat.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen