Christian Pulisic akan kekal bersama Borussia Dortmund sehingga penghujung musim, kata pengarah sukan kelab, Michael Zorc.

Pulisic mengakui mahu bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) suatu hari nanti, sekali gus meningkatkan spekulasi bakal berhijrah ke Chelsea manakala Liverpool dan Tottenham dikatakan turut berminat mendapatkan khidmat pemain tengah itu.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu telah tampil empat kali dalam kesebelasan utama aksi Bundesliga selepas bergelut dengan kecederaan tetapi Zorc menegaskan pemain itu masih lagi dalam perancangan ketua jurulatih, Lucien Favre.

Membalas terhadap spekulasi Pulisic bakal ke beraksi dalam EPL, Zorc memberitahu Kicker: "Kami telah lama mendengar khabar angin ini.

"Kami merancang untuk mengharunginya hingga penghujung musim ini."

Kontrak semasa Pulisic bersama Dortmund akan berakhir pada penghujung 2020 dan jendela perpindahan penghujung musim 2018-19 kelihatan semakin hampir.