Pukki hantar Finland ke Euro 2020

Oleh Penulis Jemputan 16 November 2019 3152
Pukki hantar Finland ke Euro 2020
FINLAND 3 LIECHTENSTEIN 0

Finland layak ke kejohanan utama buat kali pertama apabila menewaskan Liechtenstein 3-0 untuk melangkah ke Euro 2020.


Penyokong membanjiri padang selepas wisel penamat ditiupkan dalam aksi Kumpulan J di Telia 5G Areena, Helsinki apabila Finland memastikan mereka berada di tangga kedua di belakang Itali.

Jasse Tuominen membuka jaringan pada minit ke-21 dan Finland mula mengimpikan slot ke Euro apabila penyerang Norwich City, Teemu Pukki, menggandakan kelebihan menerusi sepakan penalti dalam separuh masa kedua.

Pukki kemudian melengkapkan kemenangan pasukan ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Keputusan itu menyaksikan Bosnia-Herzegovina hanya mampu melangkah ke Euro menerusi aksi play-off.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen