Stefano Pioli menyatakan pujian dan kritikan yang ditujukan kepada pasukannya Milan musim ini berlebihan.

Milan mendahului Serie A selepas permulaan yang cemerlang, kehilangan mata hanya sekali ketika seri 3-3 dengan Roma.

Rekod tanpa kalah The Rossoneri dalam semua pertandingan berakhir Jumaat lalu, selepas mengalami kekalahan pertama selepas 242 hari kepada Lille 3-0 dalam saingan Liga Europa.

Milan telah menjaringkan 14 kali dalam saingan liga musim ini -- hanya di belakang Inter (15), Atalanta (17) dan Sassuolo (18) -- sementara skuad kendalian Pioli sekadar dibolosi lima gol, seiring dengan Juventus sebagai pasukan paling sedikit ditembusi dalam saingan Serie A. Lawan mereka malam ini merupakan barisan pertahanan terbaik, sekadar bolos tiga kali.

Namun, setelah menduduki tempat keenam musim lalu, Pioli percaya pujian yang diterima Milan sebelum kekalahan mereka kepada Lille agak terlalu tinggi, namun dia mendakwa hal yang sama juga dapat dikatakan mengenai kritikan berikutnya terhadap pemainnya, dengan Alessio Romagnoli dan Theo Hernandez antara yang paling teruk dikritik.

"Kami membuat tekanan sendiri dan sangat sukar pada diri kami sendiri, kerana kami ingin bersikap bercita-cita tinggi," kata Pioli.

"Kami tidak berminat dengan apa yang dikatakan oleh pakar. Yang penting ialah menumpukan perhatian dan berusaha memenangi perlawanan.

"Kritikan dan pujian sentiasa berlebihan dalam bola sepak, jadi saya tidak jauh bimbang tentang Romagnoli, Hernandez atau sesiapa sahaja yang dikritik.

"Masalah kami terhadap Lille adalah bahawa kami tidak cukup tajam dalam pilihan kami, idak membaca ruang yang mereka tinggalkan untuk kami, tetapi kita dapat menganalisisnya dan mempelajarinya.

"Kami menurunkan tahap prestasi kami dengan lawan yang salah, jadi kita mesti bersedia untuk melangkah kehadapan. Hari ini merupakan satu lagi peluang untuk kami membuktikan tahap sebenar pasukan."

Milan tidak pernah tewas kepada Verona di San Siro, yang tidak pernah menang perlawanan di tempat lawan sejak Januari bagi aksi liga.