Lyon mengalami kekalahan pertama Division 1 Feminine dalam tempoh empat tahun kepada seteru utama, Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.

Selepas mendominasi bola sepak wanita di Perancis dan Eropah, rekod 80 perlawanan tanpa kalah Lyon -- 75 daripadanya merupakan kemenangan -- dimusnahkan PSG dengan kemenangan 1-0.

Lyon tidak pernah tewas dalam saingan liga sejak Disember 2016 tetapi juara 14 kali berturut-turut itu tewas 0-1 kepada PSG dalam perlawanan terbaru di ibu negara Perancis berkenaan.

PSG jelas pasukan yang lebih baik di Parc Des Princes di mana Marie-Antoinette Katoto menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-10.

Dengan kemenangan itu, PSG melonjak ke tangga teratas liga dengan perbezaan satu mata di depan juara tujuh kali Kejohanan Eropah dan Liga Juara-Juara Eropah, Lyon, berbaki sembilan perlawaan musim ini.