PSG mula usaha lanjut kontrak Neymar, Mbappe

Oleh Shaiful Shamsudin 11 November 2020 760
PSG mula usaha lanjut kontrak Neymar, Mbappe
Paris Saint-Germain (PSG) sedang berunding dengan Neymar dan Kylian Mbappe dalam usaha memanjangkan kontrak mereka dan akan berusaha mencapai kemajuan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Pengarah Sukan PSG, Leonardo.

Neymar dan Mbappe muncul dua pemain termahal di dunia apabila masing-masing menyertai jaguh Ligue 1 itu dengan harga €222 juta (RM1 bilion) dan €180j (RM877j).

Kontrak kedua-dua bintang di bahagian serangan itu memasuki dua tahun terakhir, justeru kelab berkenaan khuatir dalam jendela perpindahan yang akan datang.

PSG bertekad untuk mengekalkan duo itu di ibu kota Perancis tersebut dan sudah memulakan rundingan baru sambil Angel Di Maria -- perjanjiannya berakhir hujung musim ini -- merupakah satu lagi sasaran utama Leonardo.

"Kami harus menyesuaikan diri dengan konteks COVID-19 ketika ini," katanya dalam sesi soal jawab di saluran media sosial PSG.

"Neymar, Mbappe, Di Maria, Juan Bernat termasuk beberapa pemain muda sedang berunding kontrak baru dan kami akan menggandakan usaha dalam beberapa minggu akan datang.

"Kami telah mula berbincang dengan Neymar. Pada masa ini, ada pasukan yang tidak dapat berbelanja. Jadi potensi pembaharuan kontrak itu tetap ada."

   

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen