PSG masih tunggu Alves, Kurzawa pulih sepenuhnya

Oleh Staff Writer 21 November 2018 14
PSG masih tunggu Alves, Kurzawa pulih sepenuhnya
Ketua jurulatih, Thomas Tuchel, berkata Dani Alves dan Layvin Kurzawa masih belum bersedia untuk membuat penampilan peratma musim ini dalam saingan Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain (PSG)

Gandingan itu belum tampil beraksi di bawah pimpinan pengendali Jerman itu selepas diketepikan ekoran kecederaan lutut dan belakang.

PSG, bagaimanapun, tidak terkesan tanpa kelibat mereka selepas meraih 13 kemenangan berturut-turut bagi musim 2018-19 dan mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata.

Kedua-dua pemain itu telah kembali berlatih tetapi Tuchel berasakan mereka belum pulih sepenuhnya.

"Mereka adalah pemain penting untuk pasukan," kata Tuchel.

"Anda dapat melihat tahap keyakinan Alves semakin meningkat.

"Dia seorang pemain yang sangat penting.

"Kurzawa masih perlu direhatkan kerana kecederaan yang dialami agak serius."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen