Paris Saint-Germain tampil selaku pasukan pertama memenangi 12 perlawanan berturut-turut sejak musim 2018-19 bermula dalam lima liga terbaik Eropah.

Kemenangan 2-1 ke atas Lille di Parc des Princes semalam menyaksikan skuad kendalian Thomas Tuchel itu memintas rekod menang 11 perlawanan yang dicipta oleh Tottenham pada musim 1960-61.

Permulaan cemerlang PSG bagi musim 2018-19 menyaksikan mereka telah meledak 41 gol dan bolos tujuh kali selepas 12 perlawanan, meletakkan mereka di takhta Ligue 1 dengan kelebihan 11 mata ke atas pencabar terdekat, Lille.

Satu-satunya kekalahan mereka hadir menerusi saingan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Liverpool 3-2 di Anfield, September lalu.

Rekod yang dihasilkan oleh Spurs menyaksikan mereka menewaskan Manchester United 4-1, Arsenal 3-2, Aston Villa 6-2 dan Wolves 4-0, sebelum aksi cemerlang mereka dihentikan menerusi keputusan seri 1-1 dengan Manchester City.

Mereka meledak 36 gol dalam 11 perlawanan sementara bolos 11 kali.

Mereka tidak tewas hingga 11 November sebelum Sheffield Wednesday mengatasi mereka 2-1 di Hillsborough.