Proses pemulihan Reus dalam landasan tepat

Oleh Penulis Jemputan 30 September 2017 211
Proses pemulihan Reus dalam landasan tepat
Borussia Dortmund mengeluarkan kenyataan bahawa proses pemulihan Marco Reus daripada kecederaan lutut berada di landasan yang tepat.

Masalah kecederaan lutut dialami oleh pemain kebangsaan Jerman itu ketika Dortmund meraih kemenangan gelaran DFB-Pokal ke atas Eintracht Frankfurt, Mei lalu. Reus menjalani pembedahan 10 hari kemudian dan dijangka terpaksa berehat panjang sehingga awal 2018, dan meletakkan dirinya akan bersedia untuk menghadapi saingan Piala Dunia.

Spekulasi yang telah menular mencadangkan proses pemulihan pemain itu telah terbantut tetapi Dormund menegaskan segala-galanya berjalan dengan lancar buat Reus.

"Proses pemulihan saya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Proses ini berjalan dengan baik setakat ini," kata Reus.

Pemain berusia 28 tahun itu sekadar beraksi dalam 28 perlawanan musim lepas dan berjaya mencetak 13 gol.

"Pemain yang mengalami kecederaan ini harus direhatkan selama lapan bulan tetapi kami berharap Reus dapat kembali pulih secepat mungkin untuk meneruskan saingan dan membuat persiapan menghadapi Piala Dunia bersama Jerman," kata kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kelab.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen