Prestasi peserta Kem Bola memuaskan

Oleh Staff Writer 18 Disember 2016 0
Prestasi peserta Kem Bola memuaskan
Program latihan Kem Bola Astro diteruskan dengan satu perlawanan persahabatan menentang FCB Escola bagi menguji tahap persefahaman peserta selepas lapan hari menimba ilmu di Barcelona.

Menggunakan format lapan sebelah, perlawanan nampak seimbang tetapi tahap penguasaan berpihak kepada Escola. 

Jurulatih Escola, Jordy Fernandez Lie, bagaimanapun, berkata teknik serta latihan yang diajar telah dipraktikkan dengan baik oleh kebanyakan peserta.

"Apabila pemain Kem Bola mendapat bola, saya fikir mereka menggunakan teknik yang diajar. Saya lihat sebahagian pemain cuba mula merancang permainan, mereka tidak selalu terus membawa naik ke atas. Selalu memulakannya dari bawah, di mana ia penting bagi kami."

Guru pengiring, Zainuddin Md Zain, turut berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan peserta.

"Untuk peserta Kem Bola, saya harap mereka dapat mempelajari posisi bola yang diaturkan oleh pihak Escola. Ia termasuk dari segi sokongan, hantaran dan organisasi permainan," kata Zainuddin.

Keputusan perlawanan bukan menjadi ukuran, sebaliknya pengalaman yang diperoleh peserta Kem Bola Astro menjadi keutamaan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen