Cesare Prandelli berharap untuk untuk mengembalikan keseimbangan di Valencia dan mendapatkan semula tempat dalam Liga Juara-Juara.

Prandelli dilantik bagi menggantikan Pako Ayestaran pada minggu lalu, menjadikannya ketua jurulatih kelapan kelab La Liga itu dalam tempoh empat tahun.

Pemangku jurulatih, Voro, menamatkan rentetan empat kekalahan dengan kemenangan 2-1 membenam Alaves dan Leganes, dengan Prandelli berada di bangku penonton di Mestalla, dalam kekalahan 2-0 mereka kepada Atletico Madrid yang meletakkan mereka di tangga ketiga tercorot liga.

Bekas jurulatih Itali itu tampil dalam majlis pengenalan bersama media untuk mengambil tugas pertama selaku jurulatih sejak dipecat Galasaray pada November 2014.

"Valencia memiliki projek bola sepak yang menarik ," katanya. "Saya optimis. Terdapat pemain-pemain menarik di sini dan saya mahu mendapatkan keseimbangan.

"Sasaran utama adalah untuk kembali dalam kancah Liga Juara-Juara sebagai projek jangka panjang. Mungkin dalam tempoh enam bulan atau setahun dua.

"Saya mahukan kawalan permainan. Kerap menyimpan bola, namun ia tidak mustahil. Kami mahukan kerjasama berpasukan dengan idea bola sepak."

Prandelli mahu memberikan pemain-pemainnya peluang untuk mengubah nasib Valencia sebelum beliau membuat keputusan dengan sokongan pemilik, Peter Lim, yang boleh memberinya peruntukan pada jendela perpindahan Januari.

"Buat masa ini, saya tidak memikirkan musim sejuk," katanya setelah menandatangani kontrak sehingga Jun 2018.

"Saya fikir pemain ada hak untuk memberi nilai kepada skuad ini. Ia adalah salah faham di pasaran untuk menilai skuad ini (sekarang).

"Dengan Peter Lim, saya telah mengadakan mesyuarat yang sangat menarik. Ini adalah satu projek jangka panjang."