Jurulatih Australia, Ange Postecoglou, menegaskan fokusnya hanya kepada perlawanan play-off Piala Dunia menentang Honduras walaupun ada persoalan mengenai masa depannya.

Masa depan Postecoglou tidak jelas selepas laporan awal bulan ini mengatakan dia akan meninggalkan pasukan -- walaupun jika Socceroos layak ke Piala Dunia Russia tahun depan.

Setelah menamakan skuad 25 pemain untuk dua perlawanan play-off, Postecoglou berkata kelayakan untuk ke Piala Dunia 2018 adalah tumpuannya.

"Kami perlu melayakkan diri terlebih dahulu, seperti yang saya katakan sepanjang masa, ia adalah fokusnya," katanya dalam sidang media.

"Segala usaha saya akan memastikan kami melepasi dua perlawanan ini dan layak ke Piala Dunia keempat berturut-turut."

Postecoglou, 52, yang mengetuai Socceroos untuk gelaran Piala Asia pada 2015, diikat sehingga Piala Dunia, bermakna sebarang kekalahan kepada Honduras akan menyaksikan tempohnya sebagai jurulatih berada di penhujung.

Bekas jurulatih Brisbane Roar dan Melbourne Victory itu berkata dia tidak merancang untuk bercakap dengan pemain mengenai masa depannya.

"Masa depan saya bukan membuatkan mereka berada di sana. Mereka di sana untuk mewakili negara," katanya.

"Saya tidak boleh jamin mereka akan pergi ke Piala Dunia, walaupun kami layak. Tanyalah Robbie Kruse atau Rhys Williams apa perasaan terlepas Piala Dunia dengan kecederaan (pada 2014)."