Fernando Santos memanggil semula empat pemain, namun Cristiano Ronaldo tidak akan memainkan peranan dalam dua perlawanan terakhir Liga Negara-Negara Eropah.

Bintang Juventus, Ronaldo, tidak muncul di peringkat antarabangsa sejak Piala Dunia di Russia.

Laporan mencadangkan dia akan kembali ketika bertemu Itali dan Poland, begitupun Santos menghormati kehendak pemain tersebut untuk tidak menyenaraikannya sehingga 2019.

"Satu-satunya perkara yang saya fikirkan tentang Ronaldo ialah dia harus memenangi Ballon d'Or," kata Santos ketika ditanya mengenai penjaring terbanyak Portugal sepanjang zaman itu.

Pemain pertahanan, Jose Fonte, kembali tersenarai selain Raphael Guerreiro di samping duo bahagian tengah, Andre Gomes dan Joao Mario.

Pemain Everton, Gomes, juga kembali dalam senarai skuad 23 pemain selepas kali terakhir beraksi ketika tewas kepada Uruguay dalam pusingan 16 dalam temasya Russia 2018.

Portugal memerlukan satu mata ketika menentang Itali atau menang ke atas Poland untuk meraih tangga teratas Kumpulan 3 dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah.

Skuad Portugal:

Beto (Goztepe), Rui Patricio (Wolves), Claudio Ramos (Tondela); Joao Cancelo (Juventus), Ruben Dias (Benfica), Jose Fonte (Lille), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund), Luis Neto (Zenit), Pepe (Besiktas), Mario Rui (Naples), Cedric Soares (Southampton); William Carvalho, Bruno Fernandes (Sporting), Andre Gomes (Everton), Joao Mario (Inter), Ruben Neves (Wolverhampton), Danilo Pereira (Porto), Pizzi (Benfica), Renato Sanches (Bayern Munich); Bruma (RB Leipzig), Eder (Lokomotiv Moscow), Goncalo Guedes (Valencia), Bernardo Silva (Manchester City), Andre Silva (Sevilla), Rafa Silva (Benfica)