LUXEMBOURG 0 PORTUGAL 2

Fernando Santos menjangkakan Portugal akan bersaing sengit dalam usaha mempertahankan gelaran Eropah tetapi tidak melihat juara bertahan itu sebagai pilihan menjelang Euro 2020.


Jaringan daripada Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo -- golnya yang ke-99 bersama Portugal -- melengkapkan kemenangan 2-0 di Luxembourg awal pagi tadi dan memastikan slot Portugal dalam kejohanan tahun depan.

Skuad kendalian Santos itu hanya menang satu perlawanan dalam 90 minit ketika mengecap kejayaan dalam Euro 2016.

Kehadiran Bernardo Silva, Joao Felix, Ruben Neves dan Fernandes, termasuk dengan tonggak berpengalaman, Ronaldo, boleh dikatakan memberikan jurulatih veteran itu pasukan yang jauh lebih kuat berbanding ketika memenangi gelaran antarabangsa pertama buat negara itu.

Bagaimanapun, sama seperti Santos yang tidak pernah bercakap mengenai prospek Portugal ketika saingan Euro 2016, beliau tidak akan bertindak sebagai pasukan sorak sahaja.

"Kami adalah peserta dalam saingan Euro, kami tidak pernah beranggapan diri kami sebagai pasukan pilihan," katanya.

"Skuad ini memiliki kualiti. Apabila Portugal dapat mengumpul kreativiti, kualiti dan nota-nota artistik dan dalam masa sama mula memahami corak perlawanan, pada masa-masa tertentu, kami tidak mampu ditewaskan.

"Bukan mudah untuk mengatasi Portugal, skuad ini memiliki segala aspek mencipta sesuatu dalam Euro 2020 nanti.

"Statusnya masih sama seperti biasa. Ketika kami beraksi dalam Euro 2016, mereka menganggapnya gila apabila saya mengatakan Portugal hanyalah peserta kejohanan."

Permukaan padang yang teruk di Stade Josy Barthel tu mengecewakan Portugal untuk jangka masa yang panjang apabila mereka tidak mendapatkan permainan yang lancar seperti ketika mengatasi Lithuania, Khamis lalu.

Ronaldo dijangka meraih gol yang ke-100 tidak lama lagi, dengan bintang Juventus itu berusaha untuk terus meledak gol buat pasukan pada minit ke-86, sekali gus melengkapkan kemenangan Portugal.

"Kami tidak dapat menampilkan permainan yang cemerlang seperti berdepan Lithuania tempoh hari," kata Santos.

"Sebelum perlawanan, kami tidak menilai dengan teliti permukaan padang tetapi menyedari ia telah menghadirkan masalah kepada pasukan dan merencatkan pergerakan bola.

"Pemain-pemain menghadapi kesukaran ketika mengawal bola. Buat 20 minit pertama, kami tidak berjaya menampilkan permainan yang cemerlang dan Luxembourg merupakan pasukan yang bijak memberikan tekanan serta memiliki kekuatan fizikal yang tinggi.

"Bermula minit ke-25, semua mula menjadi seimbang dan kami menukar pendekatan dan berjaya mendahului menerusi gol Fernandes.

"Ia merupakan perlawanan yang lebih sukar daripada apa yang dijangkakan tetapi ia membuktikan perwatakan serta personaliti pemain-pemain."