CHELSEA 0 PORTO 1 (Chelsea menang 2-1 secara agregat)

Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel, mengakui lega menyaksikan skuad bimbingan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas berjaya mengatasi Porto dalam aksi suku akhir.


Porto meraih jaringan kemenangan pada penghujung perlawanan hasil usaha Mehdi Taremi, tetapi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mara ke separuh akhir hasil kemenangan 2-1 secara agregat.

Ia merupakan persaingan sengit di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan -- venue sama aksi suku akhir pertama ekoran protokol protocols - dengan hanya tiga percubaan tepat ke sasaran terhasil (satu bagi Chelsea) sepanjang perlawanan ini.

Tetapi Chelsea berjaya mengatasi kelab Portugal itu dan mara ke separuh akhir UCL buat kali kelapan, lebih banyak berbanding mana-mana kelab Inggeris dalam sejarah UCL.

"Kami menerima bahawa dia adalah perlawanan yang sukar," kata Tuchel.

"Mungkin di televisyen tidak begitu bagus untuk ditonton tetapi di garisan tepi ia adalah permainan yang sangat sengit, permainan yang sangat pantas.


"Itu adalah pertarungan yang sengit dan sangat sukar untuk melepaskan diri daripada tekanan. Mereka menyerang dengan cara yang lancar dan agresif. Mereka bertukar posisi sepanjang masa. Mereka datang daripada belakang, mereka bertindih dan anda harus menyesuaikan diri dengan banyak pergerakan. Dengan setiap minit kami melakukannya dengan lebih baik dan lebih baik setelah permulaan yang sukar.

"Kami bertahan dengan baik dan berhak mendapatkan clean sheet. Kami mempunyai peluang yang lebih baik - tidak banyak - tetapi peluang yang lebih baik. Kami tidak dapat menyelesaikannya dengan gol sehingga kami harus bertahan hingga tamat perlawanan.

"Secara keseluruhan kami layak untuk mengalahkan Porto. 180 minit yang sukar."

Chelsea dijangka bertemu antara Liverpool atau Real Madrid yang bakal beraksi awal pagi esok.

Juara LaLiga, Real mendahului 3-1 ke atas penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool menjelang perlawanan di Anfield.