Portimonense membuktikan bahawa mereka bukan sekadar penumpang dalam Liga Primeira di Portugal menerusi semangat juang tinggi untuk meraih kemenangan sulung apabila menjinakkan Maritimo 2-0 ketika disiarkan ekslusif oleh Astro Arena, sebentar tadi.

Meskipun hajat untuk melihat Safawi Rasid muncul sebagai anak jati Malaysia pertama yang beraksi di pentas utama Eropah tertangguh, skuad kendalian Paulo Sergio itu menguasai perlawanan tetapi dikejutkan dengan sepakan penalti yang dihasilkan penyerang lawan, Rodrigo Pinho, pada minit ke-51.

Portimonense memulakan kebangkitan dalam tempoh lima minit menerusi pemain tengah kelahiran Brazil, Dener Gomes Clemente, pada minit ke-69 sebelum pemain rakan senegaranya yang juga pemain gantian, Anderson da Silva, menyempurnakan kebangkitan itu untuk meletakkan mereka di tangga ke-11 setakat empat perlawanan.

Posted by Portimonense Futebol SAD on Saturday, October 17, 2020


Bagaimanapun, bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu diberi kesempatan untuk mempamerkan taringnya semalam apabila diturunkan dalam kesebelasan barisan B-23 dengan memakai jersi nombor 10.

Dia dikeluarkan di kedudukan 1-1 sebelum tewas 1-3 kepada Sporting CP.

Dalam perlawanan itu, Safawi mendapat pujian atas keberaniannya mengawal bola dan mencipta peluang buat rakan sepasukannya.

Tondela, yang kalah kepada Gil Vicente minggu ini, akal menjadi lawan seterusnya buat Portimonense Sabtu depan.

Foto-foto perlawanan di antara Portimonense U23 vs Sporting U23. Comeback stronger next game lads! ?? ?Credit:...

Posted by Portimonense S.C. Malaysia on Friday, October 16, 2020