Pogba positif Covid-19, digugur daripada skuad Perancis

Oleh Ammar Hakim 27 Ogos 2020 1161
Pogba positif Covid-19, digugur daripada skuad Perancis
Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, telah diketepikan daripada skuad Perancis selepas disahkan positif coronavirus, perkara itu disahkan oleh Didier Deschamps.

Pemain berusia 27 tahun itu tersenarai dalam skuad Les Bleus untuk berdepan Sweden dan Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA bulan depan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Deschamps, mendedahkan Pogba yang positif Covid-19 telah digantikan oleh pemain muda Rennes, Eduardo Camavinga.

"Kami terpaksa melakukan pertukaran selepas Paul Pogba yang positif Covid-19 dan tidak dapat bersama skuad Perancis," kata Deschamps.

"Jadi kami terpaksa menggantikannya dengan Eduardo Camavinga."

Pemain tengah Tottenham, Tanguy Ndombele, turut diketepikan daripada skuad Perancis selepas turut dilaporkan positif virus tersebut.

Perancis berdepan Sweden 5 September di Solna sebelum menerima kunjungan Croatia tiga hari kemudian.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen