Pogba ke Real Madrid? Saya lebih suka pemain rendah diri -- Stielike

Oleh Nafis Abdullah 26 Mei 2020 378
Pogba ke Real Madrid? Saya lebih suka pemain rendah diri -- Stielike
Bekas tonggak tengah Real Madrid, Uli Stielike, lebih suka melihat Real Madrid menyasarkan pemain yang merendah diri berbanding mendapatkan bintang Manchester United, Paul Pogba.

Pogba, 27, sering dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid tatkala dia turut menjadi sasaran bekas majikan, Juventus.

Stielike -- yang pernah menjuarai tiga LaLiga dan beberapa trofi lain sewaktu bergelar pemain Los Blancos ketika era 70 dan 80 an -- berkata Real hanya perlu mendapatkan Pogba jika mereka kembali ke tempoh Galacticos ketika awal tahun 2000.

"Jika anda mahu ke era galacticos, mungkin ya," katanya.

"Namun, saya lebih suka melihat pemain rendah diri dengan bakat dan pengorbanan untuk pasukan."

Real kehilangan tonggak berstatus bintang dua tahun lalu apabila Cristinao Ronaldo berhijrah ke Juve.

Selepas menikmati karier gemilang di Santiago Bernabeu, Ronaldo meninggalkan Los Blancos untuk ke Juve sebelum musim 2018-19, kempen di mana kelab LaLiga itu menerima sentuhan tiga jurulatih dan hanya menjulang trofi Piala Dunia Kelab.

Stielike berkata semua kelab akan bergelut untuk mencari pemain seperti Ronaldo.

"Hanya ada satu Ronaldo," tambahnya.

"Sebab itu saya lihat sesetengah pasukan memerlukan masa untuk menyesuaikan apabila tonggak penting berhijrah."

"Uli Stielike", "Paul Pogba", "Real Madrid"

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen