Pogba ke Barcelona hanya khabar angin

Oleh Penulis Jemputan 2 Oktober 2018 166
Pogba ke Barcelona hanya khabar angin
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, tampil menjawab persoalan yang timbul sebelum ini dengan menjelaskan ia hampir mustahil membawa Paul Pogba ke dalam pasukannya.

Desas-desus berkaitan perpindahan bintang Manchester United itu ke kelab tersebut bertiup kencang berikutan ketegangan hubungannya dengan pengurus The Red Devils, Jose Mourinho.

Mourinho sebelum ini melucutkan jawatan penolong ketua pasukan daripada Pogba dan kedua-dua individu tersebut turut dilihat berbalah ketika sesi latihan mereka, minggu lalu.

Tatkala berita perpindahan tersebut kian kencang, Bartomeu mempersoalkan kesediaan United melepaskan bintang juara dunia itu.

"Saya sedia maklum tentang khabar angin ini, bukan setakat Pogba tetapi tentang ramai pemain lain," ujar Bartomeu kepada akhbar Times.

"Setiap pasukan ingin menjual pemain mereka kerana ingin berkembang.

"Dalam bola sepak, kamu perlu menang untuk mendapatkan dana dan berjaya. Saya tidak berminat untuk bercakap mengenai pemain pasukan lain.

"Kebiasaannya, bila anda mendengar tentang seseorang pemain dalam pasaran melalui ejen, saya akan menghubungi ketua pegawai eksekutif mereka dan jika mereka katakan tidak, ia akan terhenti setakat itu," tambahnya.

Pogba kembali ke United menerusi satu perpindahan besar daripada Juventus pada tahun 2016. Dia dikeluarkan pada minit ke-70 ketika pasukan itu tewas 1-3 kepada West Ham, hujung minggu lalu.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen