Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, menggesa anak buahnya untuk mencari kemenangan ketika bertemu Bayer Leverkusen bagi meletakkan mereka di kedudukan yang selamat untuk mara ke pusingan seterusnya.

Spurs kini telah memenangi lima perlawanan dan satu seri dalam enam perlawanan menjelang aksi Liga Juara-Juara di Jerman.

Skuad bimbingan Pochettino kini berada di tangga kedua Kumpulan E, hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Monaco.

Pengurus itu mahu Spurs meneruskan momentum cemerlang ini untuk merebut tiga mata penuh di BayArena.

"Kekuatan pasukan ini adalah mana-mana pemain boleh memberikan yang terbaik, setiap pemain telah bersaing habis-habisan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama," kata Pochettino.

"Kami berada di tahap yang terbaik dan kami perlu mengekalkan prestasi ini.

"Untuk mencapai sesuatu, perkara yang paling penting adalah untuk mengekalkan tahap mentaliti dalam kedua-dua perlawanan akan datang.

"Kami perlu menang untuk layak ke pusingan seterusnya. Kami mahu cuba untuk meraih tiga mata di BayArena dan Wembley."