Pochettino kagum dengan persembahan Janssen

Oleh Dejan Kalinic 26 Oktober 2016 0
 Pochettino kagum dengan persembahan Janssen

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, mengagumi persembahan Vincent Janssen ketika berdepan Liverpool tetapi berkata penyerang itu masih memerlukan masa.

Pemain kebangsaan Belanda itu, yang tiba di Spurs pada Julai dari AZ Alkmaar, sering berada di bangku simpanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Janssen diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama dan menjaringkan gol daripada sepakan penalti ketika tewas 2-1 di Anfield.

Ia merupakan gol kedua Janssen dalam Piala EFL dan Pochettino berpuas hati dengan persembahannya.

"Janssen telah bermain dengan baik. Dia memiliki peluang dan menyempurnakan sepakan penalti itu, kami amat gembira menyaksikan Janssen beraksi," ujar Pochettino.
 
"Kami perlu faham bahawa dia hanya berusia 22 tahun, dia tiba dari Belanda, liga yang berbeza dan kami harus memberikan masa kepadanya.

"Dia pemain yang bekerja keras, dia cuba untuk memberikan yang terbaik di atas padang dan ketika menjalani sesi latihan."

Tentang Penulis

Dejan Kalinic

Komen